Jumaat, 4 Jun 2010

Shimmering Flora - Konvo

Jom layan SF yang akhirnya .........berjaya aku siapkan. Baju percubaan Ct Raudah utk konvo UITM...bangga dgn diri sendiri berjaya buat SF,walaupun otai2 manik dah advance ke arah MANIK 3D...usaha tangga kejayaan...layan....




Khamis, 3 Jun 2010

Menuntut Ilmu walau dimana jua...

Last year...corak SF hangat dilakarkan oleh otai2 manik...bagi aku yg tak tahu langsung asas manik, hanya mampu memandang dan melihat satu persatu gambar yg diupload diblog dan fotopages masing2...waktu itu aku merasa tidak mampu menjahit corak SF..sbb aku berguru melalui gambar dari Internet dan buku2 Manik Rosita Jaafar..last year aku tidak berkesempatan menghadiri mana2 kelas yg dianjurkan oleh otai2 manik disebabkan tiada MASA...Antara azam tahun  2010 aku ialah corak SF dalam GENGAMAN aku ....maka detik bersejarah 6hb Mei 2010, Aku berjaya mengikuti kelas SF anjuran Otai Manik yg menjadi pujaan hati ku...Kak Noramanik...jom layan :)
Terima Kasih kepada Kak Nora, Lily dan rakan seperjuangan aku K.Ita dari Perak....memang berbaloi menghadiri kelas K.Nora, selain menjahit manik..kami juga dihidangkan dengan bermcm2 jenis makanan ...dan akhirnya dapat juga aku ilmu corak SF...terima kasih diatas ilmu yg diberikan...

Rabu, 2 Jun 2010

Jahitan Manik (baju owner dari Kelantan)

Ketandusan idea disebabkan warna kain yg gelap, pada mulanya takut untuk memasukkan warna merah, setelah selesai menjahit baru rasa puas sbb warna merah telah menyerlahkan ke GAGAHANnya..( secara jujurnya memang suka warna RED..jom layannnnn
baju biru (aku panggil 3 serangkai sbb dari baby, anak 5 tahun seterusnya emak) nak melaram bermandian manik.......
corak yg sama aku aplikasikan pada baju purpel (corak dari baju sepupu)..
jom kita layan.....:)

Jahitan Manik...(Baju Sepupu)

Jahitan manik baju sepupu, 4 helai..tapi atas kekalutan yg berlaku hanya sempat ambik gambar 3 helai sahaja..apa2 pun mari kita layan.....
  


Peminat batik Kelantan....
(Mutiara Beriring - Design oleh  Sifu Noramanik) Tq Tq

 corak yg ringkas dan mudah....( bahagian depan dan pertengahan lengan )

Kini PasTi....

Alhamdulillah...dengan bantuan adik aku (Ct Raudah), maka terciptalah blog yg aku panggil CORETAN ManJa....sebenarnya singkatan ManJa telah diberi oleh sepupu aku semperna nama laki aku Mohd Harman (Man) dan panggilan nama aku Ajah (Ja), maka terciptalah ManJa...so sweet and anggun gitu....Tujuan sebenornya aku mencipta blog nie adalah semata2 sekadar berkongsi pengalaman dan pengetahuan mengenai Ilmu Manik dan Solekan...Jahitan manik dan solekan merupakan hobi yg  Allah s.w.t anugerahkan pada diri aku tanpa disedari, disamping menambahkan pendapatan pada diri aku...terimalah coreTan ManJa ikhlas dari diri ku........